Terokai kedai, kafe, masjid, dan tempat menarik dalam pengalaman 360° yang immersive, bermula di Sungai Petani, meluas ke mana-mana lokasi yang kami rakam. Seolah-olah anda berada di sana.
Bukan sekadar gambar biasa. Ini pengalaman yang membolehkan anda meneroka sesuatu tempat secara menyeluruh, dari mana-mana sahaja.
Putar ke mana-mana arah: atas, bawah, kiri, kanan. Seperti berdiri sendiri di lokasi tersebut.
Klik hotspot untuk berpindah dari satu bilik ke bilik lain. Tiada kepakaran teknikal diperlukan.
Buka di telefon, tablet, atau komputer. Tiada app perlu dipasang, terus dalam browser.
Tunjukkan ruang premis anda kepada pelanggan sebelum mereka datang. Bina kepercayaan dari awal.
Tour pertama kami kini live: EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor. Seterusnya, kempen 30 Lokasi di Sungai Petani.
0% selesai. Perjalanan baru bermula.
Satu perjalanan digital merentasi kedai, kafe, masjid, dan tempat menarik, bermula di Sungai Petani, dan meluas ke lokasi lain. Semuanya dalam 360°.
Lebih banyak tempat menarik sedang dirakam, bermula di Sungai Petani, meluas ke seluruh Malaysia.
Dari lokasi sebenar kepada pengalaman digital. Proses kami ringkas, cepat, dan profesional.
Kami datang ke premis anda dan ambil gambar 360° menggunakan kamera profesional Insta360.
Gambar diproses menggunakan perisian 3D Vista: tambah hotspot, label, dan navigasi.
Tour dihoskan di server kami dan boleh dibenamkan ke dalam mana-mana laman web anda.
Pelanggan anda boleh menjelajah premis anda 24/7 dari mana-mana peranti, tanpa app.
Beri pelanggan anda pengalaman menjelajah premis anda sebelum mereka datang. Bina kepercayaan. Tingkatkan keyakinan. Raih lebih ramai pelanggan.
Tunjukkan suasana dan ruang sebenar kepada pelanggan anda.
Dokumentasikan keindahan ruang ibadah untuk rujukan jemaah.
Tunjukkan kemudahan dan suasana pembelajaran kepada ibu bapa.
Biarkan tetamu anda 'check-in' secara virtual sebelum tiba.